Thursday, July 21, 2011

OTAK

Bila restoran melayu kotor, harga mahal, servis lambat kau yang bising,

Tapi, hakikatnya kedai mamak yang kotor dan mahal tu kau rajin pulak lepak,

Lipas iklan shieldtox besar dua ibu jari kaki,

Tikus tanah pulak besar penumbuk,

Siap boleh main lumba lari bawah meja kau, kau buat dek je,

Roti canai dengan teh tarik harga kadang-kadang tak masuk akal,

Tapi slumber je kau keluar duit,

Aku pun tak paham perangai orang kita ni

Thursday, July 14, 2011

KALAU , KALAU DAN KALAU LA

if  sana
if  sini
if  kita
if  mereka
if  aku
if engkau
if  kami
if  tak lari dimana-mana
if  tetap dalam minda
if  terpacul tidak sengaja
 

Monday, July 11, 2011

IMPAK KL GANGSTER

Baru-baru ni kembar aku kena sound dengan anak buah aku yang baru sekolah tadika.Dengan muka macam gangster dia berkata..

"wah abang long sudah sampai, gua ingat lu suda mampus!"

Cilaka, aku tak percaya die boleh hafal dialog cerita KL gangster part tu. Aku tau die memang budak pandai, tak seperti umur die yang baru 5 tahun. Dan aku juga berharap kalau da besar die tak jadi gangster ishh..

Thursday, July 7, 2011

HAMBA JENAMA

Persoalan yang bermain selalu bermain di fikiran aku.
Mengapa kita mesti menjadi hamba?
Mengapa kita mesti menurut perintah?
Mengapa kita mesti dipandang hina?
Siapa yang menjadi tuan kepada kita?

Semuanya kerana brand semata-mata. Tapi bukan Ayam Brand ok!

Sebab brand je manusia sampai jadi camni:-

Cerita 1:

Aku de sorang kawan nama die Atip Kayu. Dulu die ni tak branded pun tapi bile dapat keje kat bandar terus dressup cam orang kaya. Belum sampai hujung bulan je da kering sebab duit semua habis beli barang2 branded punya pasal. Masa beli boleh la eksyen dengan kawan2 yang pakai cap ayam je tapi bile da pokai mulalah buat muke kesian sebab nak pinjam duit dengan kawan2. (Kenapa mesti susahkan diri sebab nak jadi branded ?) 

Cerita 2:

Kalau orang2 macam aku yang tak berapa nak bergaya dan kaya masuk butik macam Levis. Confirm sales girl yang cantik2 tu buat bodoh je tengok aku sebab die dah tau orang2 macam aku mesti datang tengok je bukan nak beli pun. Lagi satu diorang suka survey kau atas bawah dulu, tengok kau pakai seluar ori ke tak sebelum diorang nak serve. Macam lahanat perangai, harap muka je cantik. Tak kan la orang yang tak mampu cam aku ni tak layak masuk butik dan terima layanan istimewa dari gadis2 yang konon cantik dengan mekap merah tebal dua inci tu. (Kalau kau pakai barang cap ayam mesti kau dipandang hina ke?)




p/s: aku sokong cap ayam aje hehehe