Sunday, April 29, 2012

AKU

aku,
cerita yang sama dengan dulu,
cuma baru bertukar status,
mabuk dengan impian bergunung,
masih tetap membebel seperti selalu,
dalam hati masih lagi terbit rasa syukur,
kerana nikmat yang diberi belum terkubur

Tuesday, October 18, 2011

TANDUK DUA

Keparat,
Kerana kau tak dengar cakap mak bapak

Keparat,
Kerana kau suka dengar cakap setan

Keparat,
Kerana kau tak takut Tuhan

Keparat,
Janji yang tak pasti-pasti

Keparat,
Duit rakyat semua kau tibai

Keparat,
Rakyat tak cukup makan, kena tindas dengan ketua keparat

Kapitalis,
Ahli politik keparat nama diberi

p/s : cukai hanya buat rakyat terseksa!

Wednesday, October 12, 2011

KERANA BINTANG EPI 1

Dia ialah Seniman. Ya, Seniman Bin Mustajab.
Ibunya yang digelar primadona satu masa dulu yang bagi nama tu. Seniman seorang yang sangat berbakat dalam seni. Tak kira apa macam seni sebut je la die memang hebat. Dulu die pernah gemparkan kampung Menduku masa pertandingan melukis antara tadika-tadika disana. Lukisan die tak ubah seperti Leonardo Di Caprio masa lukis gambar bogel awek die. Tok penghulu bukak mulut luas-luas, bilal datang sengol bahu baru tok sedar. Orang rami pelik camne imaginasi budak tadika ni boleh sampai ke tahap sempurna. Zaman dulu belum ada vcd porno macam zaman sekarang, dekat pasar malam pun ade jual.

Masa semakin pantas, kini Seniman dah besar. Dah akil baligh, dosa pun dah tanggung sendiri kata ibunya.
Keputusan SPM die memang bagus, cadangnya nak naik Kuala, nak jadi artis macam idola die, PRamlee.
Dengan restu ibunya die pecah tabung kelap muda yang disimpan sekian lama sejak darjah satu lagi. Dengan bermodalkan RM350 die melangkah dengan penuh semangat. Sepanduk di stesen bas penuhi ruang, Selamat berjaya Seniman! Penduduk kampung mendoakan beliau dengan hasrat dapat mewangikan kampung Menduku.

Masa dalam bas, beliau dah mula berangan-angan mat jenin. Die tak sabar nak orang kampung tengok muka dia keluar dalam televisyen, suaranya keluar dalam radio dan mukanya keluar di dada akhbar Utusan.
Seniaman dah mengantuk dengar driver bas ni bukak lagu hindustan. Die pun lena dibuai mimpi. Dalam mimipi tu datang arwah bapaknya berdiri di hadapan beliau dengan dressup Elvis Presley. " anakku Seniman, kau dilahirkan sebagai bintang". Tiba-tiba bas brek mengejut sampai kepala Seniman terhantuk dekat tiang

bersambung...

Tuesday, October 4, 2011

H-A-N-T-U

Gua betul da bosan dengan industri perfileman malaysia. Makin hari makin mengarut filem-filem yang keluar. Sekarang ni tengah trend buat cerita hantu. semua tajuk dah ada sekarang saka,mantera,susuk dan banyak gila babi lagi.

Apa motif diorang sebenarnya? Nak tunjukkan kelemahan melayu sendiri sebab terlalu hidup dengan benda-benda camtu atau nak kaut untung semata-mata. Orang paling suka tengok cerita lawak dengan cerita hantu je sekarang. Kalau buat cerita yang lain sikit confirm tak lepas punya, asyik-asyik kena tapis je. Tapi kalau buat cerita hantu, adegan ghairah pun lepas je.

Jangan salahkan orang ramai kalau tak support filem malaysia. Ni lah antara sebabnya. Kalau cerita hantu box office memang terus je la nak keluarkan. Penonton pun bosan la, jalan cerita semua sama pulak tu.

Kalau buat filem yang extreme sikit tak boleh, alasan sebab tak menjaga sensitiviti masyarakat. Pundek punye alasan la! Sampai bila industri filem tak maju sebab orang-orang camni. Orang melayu ni dah terlalu sensitif sangat ke sampai semua benda tak boleh. So, apa yang boleh? Malaysia boleh?

Wednesday, September 28, 2011

TUMBANG

Tak banyak nak cakap kali ni..
Dari aku kecik sampai lah da besar ni..
Kalau pergi Hospital kerajaan, tak pernahnya cepat..
Berjam-jam membuang masa kat sana..
Pejabat pendaftaran pun sama..
Keluar awal pagi camne pun tetap camtu jugak..
Adakah sampai aku da tua nanti semua ni masih tak berubah?
Rakyat perlukan transformasi bukan hanya sekadar sensasi..

Wednesday, September 21, 2011

MORALITI

Kalau diantara kita ialah bekas pelatih PLKN. Mesti semua banyak kenangan yang tak boleh lupe antaranya :

1) Cinta kontrak 3 bulan- kenangan paling sweet boleh pasang 3 sekaligus

2) Bawak rokok haram masuk kem. Hisap rokok pun kena cover line daripada jurulatih

3) Mandi dalam kolah air. Bilik air aku best kolah die panjang sambung dua, dapat jugak buat kuak lentang

4) Campak member dalam kolam sarimah. Kolam puaka ni air busuk gile sapa masuk gerenti kena gatal-gatal

5) Hari last masa nak balik- muke yang gengster nangis paling kuat. Memang gampang!

6) Aku paling benci kena kawat kaki. Alasan yang selalu aku bagi semput je la. Siap ade pass warna merah

7) Fikir nak habiskan elaun je lepas habis PLKN ni

8) Kepala kena botak huhuhu

Tapi yang tak best ialah :

1) Lepas habis PLKN, wira dan wirawati macam tak de pape perubahan. Kena bagi 3 tahun kot baru jadi                                generasi yang seperti kerajaan nak kan.

2) Time aku agak rugi sebab tak dapat lesen pegang senjata lagi. Sekarang diorang da senang boleh main perang-perang.

3) Makan 6x sehari kurus pun jadi gemuk.Yang gemuk jadi kurus sebab latihan macam askar. Dapat la rasa dalam 3bulan je.

4) Dulu cakap ade sijil PLKN je senang dapat kerja. Masuk badan beruniform senang la. Mintak kerja opis company nak pandang ke?

5) Aku tak nampak lagi dekat mane kekuatan PLKN ni lepas budak-budak tamat semua tu. Katannye kerajaan da habis berjuta-juta nak sponsor semua.

krik,kri,kri kanan kri ber...hen...tiiii!

Thursday, September 15, 2011

DEBU JALANAN

Benda yang aku nak cakap masih lagi masalah dijalan raya kat malaysia ni. Banyak sangat kekurangan yang semua orang boleh nampak.

Jalan baru je tampal tapi bila hari hujan esok da berlubang balik. Dalam pulak tu, cepat je nak tukar tayar dan sport rim baru. Duit lagi..

Lalu kat jalan tar yang baru tampal memang best je tapi orang buat jaln ni asal boleh pulak tampal da tak rata, bahayakan penuggang motosikal pulak. Da macam main motorcross je. Jahanam absober aku. duit lagi..

Ni pun sama, alasan buat bonggol tinggi-tinggi nak elakkan orang lumba. Tapi bonggol semua tinggi nak mampus. kereta aku selalu sangkut je kat situ. Kalau tak perasan memang terbang sekali la dengan kereta tu

Projek besarkan jalan, buat jambatan. Alasan menambah baikan tapi jadi punca kesesakan lalu lintas sampai bertahun-tahun.Padahal nak pergi satu tempat makan masa 10 minit da jadi sampai satu jam. Memang bebankan rakyat sebab minyak kereta banyak habis kat situ je lagi-lagi bile bukak aircond.

Traffic light untuk memudahkan orang ramai tapi jadi puinca jem jugak sebab jalan tak sampai 1km traffic light da ade 3-4. Lampu hijau sampai 10 saat je tapi bila lampu merah lama gile.

Cuba la kalau orang-orang kaya kat atas tu bawak kereta sendiri mesti da maki hamun agaknya. Tapi nasib baik lu orang semua pakai driver kan. So, driver lu orang je la yang bising.

Pasni aku nak beli kereta auto, kaki da penat tekan clutch. Nak belajar pandai-pandai harap dapat jadi menteri jalan raya kikiki