Wednesday, October 12, 2011

KERANA BINTANG EPI 1

Dia ialah Seniman. Ya, Seniman Bin Mustajab.
Ibunya yang digelar primadona satu masa dulu yang bagi nama tu. Seniman seorang yang sangat berbakat dalam seni. Tak kira apa macam seni sebut je la die memang hebat. Dulu die pernah gemparkan kampung Menduku masa pertandingan melukis antara tadika-tadika disana. Lukisan die tak ubah seperti Leonardo Di Caprio masa lukis gambar bogel awek die. Tok penghulu bukak mulut luas-luas, bilal datang sengol bahu baru tok sedar. Orang rami pelik camne imaginasi budak tadika ni boleh sampai ke tahap sempurna. Zaman dulu belum ada vcd porno macam zaman sekarang, dekat pasar malam pun ade jual.

Masa semakin pantas, kini Seniman dah besar. Dah akil baligh, dosa pun dah tanggung sendiri kata ibunya.
Keputusan SPM die memang bagus, cadangnya nak naik Kuala, nak jadi artis macam idola die, PRamlee.
Dengan restu ibunya die pecah tabung kelap muda yang disimpan sekian lama sejak darjah satu lagi. Dengan bermodalkan RM350 die melangkah dengan penuh semangat. Sepanduk di stesen bas penuhi ruang, Selamat berjaya Seniman! Penduduk kampung mendoakan beliau dengan hasrat dapat mewangikan kampung Menduku.

Masa dalam bas, beliau dah mula berangan-angan mat jenin. Die tak sabar nak orang kampung tengok muka dia keluar dalam televisyen, suaranya keluar dalam radio dan mukanya keluar di dada akhbar Utusan.
Seniaman dah mengantuk dengar driver bas ni bukak lagu hindustan. Die pun lena dibuai mimpi. Dalam mimipi tu datang arwah bapaknya berdiri di hadapan beliau dengan dressup Elvis Presley. " anakku Seniman, kau dilahirkan sebagai bintang". Tiba-tiba bas brek mengejut sampai kepala Seniman terhantuk dekat tiang

bersambung...