Friday, June 10, 2011

MEMBACA JAMBATAN ILMU



Aku terbaca dalam paper baru2 ni pasal rakyat malaysia malas membaca. Betul ke?? Aku memang setuju sangat sebab ikut pemerhatian aku ramai yang camtu. Hari2 ade je orang beli paper kat kedai tapi tak semua baca apa yang de kat dalam paper tu kan.Yang minat gosip die baca je la ruangan artis. kadang cam bodo gak artis patah gigi pon sampai nak kuar paper. Ntah pape je. Yang suka main nombor ekor beli paper yang de result nombor je la, pas baca terus buang sebab bengang nombor tak kena hahaha.. 

Tu baru suruh baca paper belum suruh baca buku pasal falsafah, sejarah islam, politik, yang semua faktanye berat2 belaka. Orang2 kita lebih suka baca benda2 yang ringan yang tak membuatkan otak mereka berfikir dengan lebih mendalam. Kalau disuruh beli buku kat kedai buku perkara pertama yang jadi isu ialah harga buku. Sepatutnya kita bukan menilai harga buku tersebut  tetapi menilai ilmu yang kita perolehi bila membaca buku itu.
Duit boleh di cari dengan mudah tapi ilmu tidak akan datang pada kita dengan mudah. Kita perlu membaca dan memahami ilmu itu sendiri. Bangsa berjaya ialah bangsa yang banyak membaca. Tapi bukannya banyak baca majalah hiburan, berita artis panas dan sebagainya.

Aku teringat masa sekolah rendah dulu. masa tu sibuk program nilam kat sekolah. Siapa baca buku paling banyak akan dapat sijil penghargaan. maka ramailah murid2 masuk perpustakaan semuanya sibuk membaca kononya, padahal salin sinopsis dan nilai2 murni kat belakang kulit buku hahaha. kalu nak suruh baca satu persatu taun bile nak habis. banyak pulak tu tak silap aku nak sampai ratus baru dapat sijil. Sebenarnya program camtu sangat bagus untuk mendidik minat membaca. Nak lentur rebung biar dari muda2 kan. Buat rombongan pergi pameran buku ke kan bagus.

Harap2 pasni makin ramailah rakyat malaysia yang suka membaca buku2 yang boleh menambahkan ilmu kan. Kurangkan lah baca URTV,MANGGA DAN SEANGKATAN DENGANNYA..(kalau setakat beli nak tengok gambar seksi kat tepi swimming pool bek tak payah, eeiii.. da lapok kot )